w i f u e
wifeu of your bias
about bias stuff link home skins twitter tumblr follow blogskins
Bersyukur.....
Wednesday 20 April 2016 | 19:40 | 0 comments

Assalammualaikum..

Eyaa tak faham dengan orang zaman sekarang.. kita bagi kaki, dia minta peha. Bila tal bagi dia kata kita kedekut. Means... ada seorang hamba Allah ni nak pinjam my shawl. Okey.. Eyaa bagi lah dia pinjam. Eyaa bagi gambar jenis shawl mana yang dia nak. Dekat situ ada 7 pilihan tapi Eyaa cuma boleh bagi dia 2 sahaja. Tapi dia nak semua?? Penat Eyaa kumpul duit nak shawl tu, senang2 Eyaa nak bagi orang? Kalau orang tu tak mampu nak beli Eyaa boleh je bagi tapi orang tu mampu kot? Dah berkerja, gaji pon besar. Takkan tak mampu?? Dah kira untung Eyaa bagi 2 shawl, free pula tu.. kalau orang lain dah comfirm2 tak bagi kan???

Bila kita buat baik, orang pijak pijak kita. Saja ambik kesempatan.. nak itu lah, ini lah.. Bila kita jahat? Orang tak nak kawan dengan kita, kutuk kita, cakap kita itu ini... ish tak faham lah?? Kenapa mesti ada sikap sebegitu? Tak boleh ke kalau kita buat baik, orang hormat kita dan tak ambik kesempatan? If kita jahat pon.. tak boleh ke nasihat kan?? Mesti kena mengutuk ke??
Bila kita senyap, buat hal sendiri.. tak campur orang, orang cakap kita ni kuno pulak... and sombong, bongkak.. Ishh....

Nak puaskan hati orang, nak jaga hati orang... memang Eyaa tak mampu.. Apa yang dia orang nak,Eyaa cuba bagi and puaskan hati dia orang tapi... kenapa dia orang ambik kesempatan, kita dah bagi dah lahh.. tak yah nak minta lebih2.. cuba hidup tu bersyukur dengan apa yang telah diberikan. Jangan tahunya nak marah, tak puas hati, mengutuk bila orang tak bagi apa yang dikehendakinya.. kalau nak sesuatu tu.. berusaha lah sikit.. jangan menggunakan orang lain untuk kesenangan diri sendiri.

Eyaa tak kesah dia orang nak pinjam berapa pon.. tapi dah pinjam tu tolong lah pulang balik.. jangan buat atok! Kalau Eyaa dah bagi tu, jangan lah minta lebih. Yang paling Eyaa sakit hati bila Eyaa nak pinjam or minta tolong, dia orang tak pernah beri bantuan.. kenapa? busy lah, itulahh, inilahh.. alasan tak munasabah! Tapi Eyaa lek je.. cool je.. tak ada pon nak merajuk ke, nak mengutuk dia orang.. tak ada. Tapi bila dia orang??? Haishhhh.....

Yang Eyaa harapkan.. dia orang cepat sedar diri. Fikir apa yang dia orang buat.

Bersyukur lah apa yang kita ada sekarang nih... Berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diingini, jangan gunakan orang lain untuk dapatkan apa yang dikehendaki.

TAKE A NOTE DEAR...  ^_^

Labels: